Seikat Kembang Merah by Imaen.

Assalamualaikum w.b.t

Phew..

"Aku sudah bebas...bebas...bebas... Aku sudah bebas espiyem...piyem...piyem....piyem ar" -Johan.
Let's see. Its been awhile since my last updated kan? Jadi biarlah aku bebas setelah sekian lama tidak bermanja lara dengan pusaka sendiri. Ceh.


Memandangkan aku baru habis baca novel 'Seikat Kembang Merah' by Imaen. Apalah salahnya kalau aku menjengah kembali apa yang aku baca untuk dikongsi bersama kan kan? Pada mulanya aku bagi pandangan sinis tatkala melihat covernya. Dalam hati ini seperti mau menjerit tak keruan bila dinasihatkan supaya beli buku tersebut. 



Ah sudah! Dengan cover klasiknya memang tampak benar ingin memerli kefahaman sastera bahasa malaysia aku yang agak kureng boleh diguna pakai. Tapi tak mengapa. Aku beli juga. Kot kot boleh penuhkan rak buku dalam bilik yang sebenarnya sudah sedia maklum penuh sehinggakan sekali pandang seperti tempat meminjam buku.

Aku baca tak sampai separuh, aku mulai bosan. Bukan bosan apa, tika itu jelas kemalasan menjemputku untuk ke alamnya. Aku yang baru habis pmr mula berseronok sakan seperti baru saja habis menjawab spm.

Setelah sekian lama berhenti. Tahun berikutnya, bayangan novel ini acap kali singgah di fikiranku. Oh mungkin kerana ia terletak berhampiran dengan koordinat pintu masuk bilikku. Mungkin juga kerana aku baru saja telan segala onak duri liku liku dunia pembelajaran di sekolah. Mungkin. Lantas aku terus sambung baca. Aneh sekali aku masih ingat akan jalan cerita permulaanya selepas setahun lebih berkubur dalam jiwa ini. 

Pelik. 

Hati ini bagaikan sudah dapat menambat hati aku malah membuka minda ini.

Benarlah kata orang, membaca menghadang kebodohan.

No comments:

Post a Comment