Sebelum jam tepat pukul 2, tiga air nescafe sudahpun selamat tiba ke sistem pencernaan tanpa segan silu tak tahu malu. Mungkin inilah dia penangan kafein. Sampai ke sudah tak mau tidur. Jari jemari ligat menekan segala apps yang ada dalam gadget. Habis semua diterokai. Satu pun tak menarik minat pemiliknya. Maka di sinilah pemiliknya mencuba nasib. Kot level bosan tu dah ada penawar dia bila turun sini.
Segalanya kembali sunyi sepi.
Bunyi guruh laju mengisi.
Kipas di siling menjadi saksi.
Aku diam membisu.
Tak ingin menganggu penduduk leka beradu.
Kaki menuruni tangga satu persatu.
Ku ukir senyuman manis bak madu.
Ternyata benar firasat sebelum turun melulu.
Semenjak khatam dua novel tu, makin serius penyakit nak bermadah kata. Aku rasa kira okay la tu asalkan aku tak kacau privasi atau hidup orang lain. Sempat mata menjeling kat status battery laptop yang tertera di bucu screen. Mujur masih banyak. Menghembus nafas lega.
Hari keempat cuti. Amacam? Penuh dengan kemanisan bersama si Dia tak? Aku bermonolog sendirian. Sedia maklum bahawa jasad dan roh sedang berganding bahu mengusahakan jadual waktu yang sihat khas sempena cuti. Even kekadang rasanya konfem rongak sikit dengan apa yang aku set, but this is life and this is just a beginning. Biar slow motion, janji motion tu kita dah cuba gerakkan juga daripada biar tak terusik langsung.
Kembali kehausan idea untuk menaip.
Aku sendiri tak pasti apa nak dikongsikan lagi.
Diri ini mau saja lari dari realiti.
Tapi bayangan ibubapa acap kali menyapa diri.
Tak sanggup melihat titisan air mata mereka mengalir di pipi
Yang lantas terus membasahi bumi.
Cukup itu cukup.
Aku tak mau lagi menambah lingkup.
Biar setakat itu saja.
Biarpun derita.
Asal mereka kembali tertawa.

No comments:
Post a Comment