Orang tuaku

Aku--
masih setahun jagung
darah setampuk pinang

Ampuni dosaku
sekiranya kelahiranku
darahmu tumpah ke bumi

Ampuni dosaku
kerana sakit, sedihku
air mata mu membasahi pipi

Ampuni dosaku
kerana membesarkanku
resah gelisah sering kau alami

Terima kasih--
atas jasa membesarkan ku
atas segala kasih sayang
atas bimbingan dan ajaranmu

Doakan 
dan restuilah diriku
agar berjaya

Setinggi gunung seluas lautan 
tak termampu jadi ukuran
pengorbananmu tiada batasan
kasih sayangmu tetap berkekalan

Doaku untuk kalian--
ummi dan daddy.
dan--
moga syurga ganjaran buat kalian.

No comments:

Post a Comment